Akidah Bahá'í
Daripada Bahaikipedia.
Akidah Bahá'í ialah satu agama yang diasaskan oleh Bahá'u'lláh pada abad ke-19 di Persia (Iran). Terdapat kira-kira enam juta penganut Bahá'í di dalam lebih daripada 200 negara-negara di seluruh dunia.[1]
Menurut ajaran-ajaran Bahá'í, sejarah keagamaan dilihat sebagai satu proses pendidikan untuk umat manusia, yang sentiasa berkembang melalui Pengutus-Pengutus Tuhan, yang dipanggil Manifestasi Tuhan. Bahá'u'lláh dianggap sebagai Pengutus yang terkini, yang utama, tetapi bukan yang terakhir di antara individu-individu ini. Baginda mendakwa diriNya sebagai penyelamat yang dinantikan dan pendidik yang diramalkan dalam Agama Kristian, Agama Islam, Agama Hindu, Agama Buddha and agama-agama lain dan bahawa misiNya ialah untuk menubuhkan asas yang kukuh bagi kesatuan di seluruh dunia, dan memulakan satu zaman keamanan dan keadilan, yang mana penganut-penganut Bahá'í akan pasti bangkit untuk berkhidmat. [2]
"Bahá'í" boleh dikatakan kata sifat yang memaksudkan Akidah Bahá'í, atau digunakan sebagai gelaran pengikut Bahá'u'lláh. Perkataan ini berasal dari perkataan Arab Bahá’ (بهاء), yang bermaksud "kemuliaan" atau "keindahan".[3] "Bahaism" (atau "Baha'ism") pernah digunakan pada masa lampau tetapi kini ia jarang digunakan.

